" Jika anda sudah jumpa apa yang anda cari, maka janganlah anda tinggalkan mereka yang sedang mencari perkara yang sama iaitu ISLAM.. "




Saturday 11 August 2012

TazPen (TazkirahPendek)


Coretan Tazkirah

1.      Kisah Tong Sampah ( idea asal : Izzuddin (dentistry))

Satu hari, seorang ustaz telah mengumpulkan pelajarnya. Dipendekkan cerita, para pelajar  telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Mereka dikehendaki berdebat dan berhujah berkaitan Tong Sampah. Satu kumpulan mempertahankan kebaikannya, satu lagi pertahankan keburukannya. Maka berlakulah perdebatan antara mereka. Selesai berdebat, maka ustaz telah memberikan resolusi berkaitan tajuk tersebut.

“ Kamu semua sibuk berdebat mengenai tong sampah, tapi sedarkah kamu harini orang2 kafir menghina orang Islam macam TONG SAMPAH, hukum2 Allah diperlekehkan macam TONG SAMPAH, Al-Quran dihina, dibakar, dipijak2 macam TONG SAMPAH… “

2.       Nikmat lupa ( idea asal : Latef (dentistry))

Lepas jawab exam trial SPM, mak dia telefon.

“ Latef, mcm mane exam tadi?”
“ Susah la mak. Kat luar dewan ingat dah. Masuk dewan terus lupa.”
“ Takpa. Jangan kita cepat anggap segala yang datang sebagai satu musibah..”

Kemudian, maknya terus bercerita..

“ Kalau takda nikmat lupa Allah bagi kat mak, mak taknak dah lahirkan anak. Tapi bila mak dukung kakak kamu yang sulung tu, mak terus cakap nak lahirkan seorang lagi. Nikmat lupa yang Allah bagi tu, tengok kat baby lupa dah kesakitan masa nak melahirkan.. “

3.        Feeling Raya awal? (idea asal : sendiri )

Satu hari, lepas makan berat kat dewan makan D’Manja, terus naik bilik. Buka TV, tgk berita. Kebetulan time tu dia buat rakaman gelagat manusia membeli belah di Masjid Jamek, KL. Kemudian, wartawan pun temuramah seorang pengunjung, wanita Islam.

“ Saya minat la datang kat sini. Cakap je nak apa. Makanan, baju, seluar. Semua ada. Lagi2 dah nak dekat raya nie. “

(_ _”)

Awalnya pikir raya. Rasanya haritu baru Ramadhan ke 2 atau 3. Rupanya dah ada yang pikir nak Raya. Kenapa ye? Mungkin salah diri sendiri.

4.        Soalan Penutup Bicara ( idea asal : AbahMakki )

 Ada satu majlis, telah diadakan ceramah mengenai Ramadhan. Selesai ceramah, sesi soal jawab diadakan. Semua soalan telah dijawab oleh Panel sehinggalah soalan terakhir. Seorang Somalian telah bertanya,

" Apakah hukum kami bersahur dengan AIR SEJUK dan berbuka dengan AIR SEJUK kerana ketiadaan makanan ?.. "

Disebabkan soalan itulah, majlis itu telah ditamatkan kerana sebaknya ahli panel dengan soalan tersebut ..

Moral of the story : Fikir2kan keadaan kita dan mereka..

5.        Hai Mesir! ( idea asal : MovieMesir )

Hari last kelas di KIBA 2012, Us. Farid ada tunjuk movie yang dah pun ditayang separuh masa Mukhayyam. Tapi maklumlah, ada yang sedar ada yang syahid. Ustaz pun ceritalah dalam bahasa melayu sebab Ammi cerita tu pekat sangat. Dalam movie tu, dia tnjuk mcm mana sebenarnya Mesir (masa tulah). Antaranya :
         I.            Jangan sesekali ambil gambar di bangunan kerajaan terutamanya kawasan sensetif, askar dan tentera.
       II.            Kalau masuk mana2 tempat, jinjing sekali kasut. Takut hilang lepas tu.
     III.            Rupanya Passport Amerika ada specialnya. Untunglah sape yang ada.
     IV.            Di bulan Ramadhan, ada khemah yang dinamakan الرحمان  ماءدة . Nanti sapa2 yang dah sampai sana, mungkin tak berasap la dapur sebulan. Orang Mesir pemurah, jamu orang buka puasa.
  

Wednesday 7 March 2012

~ It's EVERYWHERE and ANYTIME ! ! ~

Bismillah
Assalamualaikum.
Alhamdulillah wa Syukur lillah.
Selawat dan Salam atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya, para sahabatnya.

Seronok dapat menaip semula. Setelah lama mencari idea, tajuk apa nak diketengahkan.
Akhirnya Allah ilhamkan satu tajuk, kebetulan ana merasai peristiwa tersebut.

6 Mac 2012, 11.30 am kakak call.

" Balik Ifan, balik. Abah nak kena operate harini. "

Apa lagi, mulakan langkah untuk baliklah. Kebetulan, kelas tasmi betul2 habis pukul 11.30 am.
Naik train 12.10 pm, terus ke Serdang. Abah di Hospital Serdang. Positive Heart Attack. Alhamdulillah Allah panjangkan umurnya. Adik Abah baru dipanggil bertemu Illahi, beberapa minggu yang lepas, akibat situasi yang sama.

Jam 2.00 pm sampai di KTM Serdang. Kakak jemput terus ke Hospital. Naik terus jumpa dengan Abah. Dalam wad CCU. Lemah juga tengok dia. Macam2 wayar melekat kat badan. Dada sakit. Nurse datang, masukkan ubat kuat sikit. Alhamdulillah lega la lepas tu.

Adik beradik balik semuanya, kecuali yang di Sabah. Berdoa dari jauh. Standby kot ada apa2 berlaku.

Tapi bukanlah ini topik yang dikongsikan. Cumanya pengalaman menjaga ayah di wad cukup bermakna. Boleh kait dengan perkataan DAKWAH. That's way I said it, It's EVERYWHERE and ANYTIME.

Dakwah ni apa? Dakwah ni mudah kata, seru orang kepada Islam. Islam ini apa pula? Islam ini suatu cara hidup yang sebenarnya. Di samping maksud2 lain yang telah dikemukakan oleh para ulama.

Dakwah apa yang kita boleh buat ketika di hospital?

1.  Etika pemakaian mengikut kehendak syarak.
Rasanya inilah antara yang mudah untuk kita lakukan. Datanglah ke hospital dengan pemakaian cara yang diajar oleh Rasulullah. Tidak terlampau ketat, tidak telalu nipis, tidak terlalu labuh, tidak terlalu singkat dan yang sudah kita sedia maklum. Kalau yang lebih berkemampuan dan bersemangat, imej berkpiah bagi lelaki cukup baik. Tak perlu takut untuk memakainya tetapi pastikan kopiah yang bersih dan kemas.

2.  Cara pergaulan dengan orang lain.
Juga perlu kita perhatikan dengan baik. Kadang2, tudung dah labuh dah. Kopiah dah putih dah. Tapi bila beli barang atau yang melibatkan muamalat dengan orang sekeliling, bukan main masam lagi muka. Bukan main garang suara. Bukankah bertentangan dengan apa yang kita pakai? Apa salahnya kita cakap elok2 dengan guard, ataupun dengan nurse. Kan lagi mesra kalau sopan.

3.  Etika kita dengan pesakit.
Etika dengan pesakit pun Islam ada ajar. Tinggal kita nak buat je. Tak susah pun. Dalam wad, ayah nak solat, kita wudhu' la kan kalau diperlukan. Buat sungguh2. Kalau nurse atau pelawat lain nampak, dengan pemakaian Islamic kita, mesti mereka tertarik. "Oh, Begini Islam ajar." Kan? Kalau makan, suapkan kalau perlu. Sembang elok2. Jangan nak sakitkan lagi hati dia. Kan indah wad kalau begitu.

4.  Solat di Surau.
Fenomena masyarakat luar, kalau masuk waktu solat tu, memang rajin dah pergi surau. Tapi, solat masing2 asyik nak sorang2 je. Tak tahu la kenapa. Rasanya makruf juga hadith mengenai ganjaran solat berjemaah. Masuk sorang, tarik sejadah solat sorang. Masuk sorang lagi, ambil sejadah lain, parking jauh sikit, solat. Tak ke serabut nampak? Jadinya, bila kita hadapi situasi begini, pilihlah sorang untuk kita jadi imam. Tak pun, kita je jadi imam. Satu lagi kaedah, kalau baru je masuk waktu, kita bentang sejadah untuk solat jemaah. Nanti orang lain malu la nak tarik sejadah solat sendiri2. Kan mudah. Tak gitu?

5.  Keberkatan bekerja.
Ini mungkin sesuai dengan staf hospital rasanya. Tak pun, ketua keluarga yang datang ziarah. Teringat abah cerita, masa dia dah nak ready untuk operation. buat angioplasty. Masa tu, pukul 1.45 pm. Dah zuhur la kan. Doktor yang nak buat operation tu masuk bilik bedah. Masa nak siap2 tu, dia tanya pada nurse2 yang tolong dia.

" Dah solat belum semua ni? "
" Kalau belum solat, gi la solat dulu. Lama di operation ni."

Kan elok begitu. Kita buat sesuatu ni semuanya ada kaitan dengan Sang Pencipta. Nak berkat, kita dahulukan hak kepadaNya. Buat dengan teliti. Mula dengan Bismillah. Selesaikan yang fardhu dulu melainkan dalam daruatlah.Bila kerja berkat, gaji pun berkat, anak2 pun membesar dengan baik. Sebab tu Islam sangat concern mengenai sumber pendapatan kita. Biar berkat segalanya.


Begitulah sedikit travelog dan tips yang nak dikongsikan. Kalau rasa tak sesuai takpelah. Tinggalkan. Kalau rasa boleh guna, sila2lah untuk amalkan. Cukup mudah kan?

" Tidaklah Allah beratkan seseoang melainkan dengan apa yang dia boleh memikulnya...."

( Al- Baqarah)

Akhir sekali, minta doakan kesihatan Abah. Semoga sembuh seperti sediakala.

Wallahu'alam.
Wassalamualaikum WBT.

Monday 23 January 2012

~ Mereka MENGHARGAINYA, Kita?? ~

Assalamualaikum WBT.
Lama sudah tak menaip.
Alhamdulillah wa Syukur Lillah..
Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Hari ini topik agak santai rasanya. Tapi rasanya agak penting untuk dikongsikan.

Cuti raya cina, ana telah dipanggil untuk menyertai Kem Kepimpinan Pimpinan SMASKP. Jadi fasi utk berkongsi pengalaman dalam pengurusan organsasi. Tak reti pun. Hari Jumaat di sekolah. Pagi sabtu terus bertolak ke Berhulu Camp, Ulu Serting, Jempol.

Hari ahad, kami ada slot kembara. Macam biasa la, Dah pergi camp site kalau tak Jungle Trecking tak sah. Fasi yang ikut masa itu ana seorang. Kami mula perjalanan jam 9.30 pagi berbekalkan doa agar diselamatkan sepanjang perjalanan.

Ana duduk di belakang sekali bersama seorang lagi pekerja camp. Namanya Abg Fahmi (kalau tak silap). Kami pun mula la bersembang. Taaruf la bak kata orang. Kemudian dia tanya soalan, " Abang belajar mana sekarang?". Ana pun cakap la, " Saya belajar Darul Quran.". Then introduce sikit DQ ni macam mana. Sijilnya, diplomanya, ijazahnya. Setelah tu, dia ada tanya pasal pantang makanan utk para penghafal quran. Ana pun angguk tanda setuju dengan setiap apa yang diperkatakan.

Di tengah perbualan, dia beritahu, " Sebenarnya abang minat juga utk menghafal. Tapi takda rezeki." Ana pun tanya, " Abang sekolah mana dulu?". Dia ada beritahu tapi ana tak ingat. Tapi yang pentingnya dia bukan dari sekolah agama. Kemudian dia nasihatkan ana, " Untung la abang sebab Allah dah campak ke situ. Itu impian setiap. Tapi bukan semua orang yang dapat. Abang ada juga minat tapi belum kesampaian lagi. Abang seronok tengok Al-Quran. Macam2 kisah ada dalam tu. Al-Quran ini menjadikan kehidupan kita jauh lebih baik..".

MasyaAllah. Ana berasa sgt terkejut. Dia dulu sekolah biasa tapi keinginan dia terhadap Al-Quran sgt dalam. Hari itu, seolah2 dia tak nak lepaskan peluang berbicara dengan ana. Setiap saat ada shj nasihat yang dia lemparkan. Turun bukit, naik bukit, turun gaung. Semua kondisi. Kemudian dia sambung, " Bila kita dah menghafal ni, ujian pun makin besar. Makin berat. Tapi kita sabar jela. Ada hikmah yang Allah nak tunjukkan. Walaupun kadang2 kita tak nampak pun apa hikmahnya.."

Sekali lagi dibeduk hati ini. Betul apa yang dia katakan. Kata2nya seoalah2 dia dah pernah melalui zaman menghafal. Hakikatnya belum. Sampailah ke camp site semula kami bersembang. Mula terdetik, orang yang tak mendalami agama ni, bila mereka ada pengetahuan sedikit, mereka akan menghargai seboleh2nya. Macam abang Fahmi tadi, dia belajar ilmu agama secara tidak formal. Jumpa ustaz utk belajar. Ada inisiatif utk dapatkan ilmu. TETAPI golongan yang latar belakang pendidikannya memang AGAMA sejak kecil, akhirnya tewas di alam remaja. Bukan semua tapi majoritinya begitu. Mengapa?

Bagi ana, mereka TIDAK MENGHARGAI ilmu itu dan kemungkinan mereka belajar hanyalah untuk LULUS EXAM. Lain2 kegunaan, NOTHING. Akhirnya ilmu itu lari lagi pantas dari Usain Bolt dek kerana merajuk mungkin. MasyaAllah. Janganlah kita sombong wahai sahabat2 sekalian, dengan ilmu agam yang kita ada. Sebenarnya tugas kita lagi banyak iaitu menyebarkan kepada mereka yang tidak tahu. Bukan berlagak sombong dengan ilmu tersebut yang akhirnya, murka Allah menanti di AKHIRAT kelak.

PENGAJARAN :

Buat mereka yang bergelar agamawan, ingatlah pesan Rasulullah, janganlah kita menjadi PENGHIJAB kepada orang lain untuk mendapatkan ISLAM. Buat mereka yang tidak mempelajari ilmu agam di peringkat sekolah, bukanlah menjadi penyebab kepada anda utk tidak mempelajarinya. Yang penting, asasnya ilmu adalah CAHAYA. Sejauh mana niat kita ikhlas maka selagi itu a akan menjadi penunjuk jalan menuju ke AKHIRAT.

Marilah sama2 kita menghargai ilmu dan agama yang kita anuti ini..

Wallahualam.




Thursday 29 December 2011

~ Hadiah untuk ROHANI sempena 2012 ~

Assalamualaikum WBT.
Bismillah..
Alhamdulillah..
Segala puji utk Allah, Tuhan semesta alam. Beri peluang dan ruang, untuk kembali mengadun sebuah rencana demi menghasilkan kuih yang berkualiti yakni Iman dan Taqwa kepada Dia, Yang Maha Esa.
Juga selawat kepada baginda Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya', Penghulu dan Penutup segala Nabi dan Rasul, mencipta satu momentum yang cukup hebat dan sangat hebat, dalam memastikan Ummatnya yang sentiasa dikasihi mendapat Rahmat dari Allah SWT.

" Tidak Aku utuskan wahai Muhammad, melainkan untuk menjadi Rahmat buat sekalian alam..."
( Surah Al-Anbiya', ayat 107 )

Hati diketuk tidak berirama. Satu demi satu teguran datang menerpa. MasyaAllah. Allah pertemukan kami dengan beliau, Ustaz Hj Long bin Kechik. Nada beliau, isi beliau, gaya beliau. Cukup memberikan hadirin, satu tamparan bahawa kita sebenarnya sedang lalai dari tujuan kehidupan.

Maka, selamilah sedikit ringkasan mengenai peringatan yang beliau sampaikan..

Kita sekarang hanya hidup sementara. Mencari bekalan menuju kehidupan yang abadi. Allah campak kita di bumi ini, bertujuan bukan sia-sia. Sampai saat kita dipanggil mengadap Illahi, maka apa yang kita bawa hanyalah bekalan yang tidak seberapa itu. Kita tahu tarikh lahir kita. Meraikan bersama keluarga dan taulan. Tapi adakah kita tahu tarikh mati kita? Tahun bertukar tahun, bulan bertukar bulan, minggu bertukar minggu dan seterusnya. Hakikatnya umur kita berkurangan, bukan bertambah. Umur makin menuju penghujungnya, bukan makin jauh dengan penghujungnya. Maka, kita perlu sedar akan hakikat itu.

Bercakap mengenai soal kematian, ada satu sudut yang perlu kita perhatikan. Sebelum itu, kita bawakan statement ..

" Mengapa orang sentiasa berkejaran menuju kejayan duniawi? Harta yang banyak, jawatan yang tinggi, populariti di sana sini. Sebab.. Mereka nampak dengan jelas perkara-perkara itu dengan pancaindera... "

" Mengapa orang sentiasa terkebelakang dalam soal kejayaan akhirat? Syurga, keampunan Allah, terlepas dari neraka. Kerana.. Mereka tidak nampak perkara-perkara itu dengan jelas kerana semua itu adalah ghaib MELAINKAN.... Mereka yang mempunyai iman dan taqwa yang tinggi kepada Allah dan Hari Akhirat.. "

Ya. Sebab itu iman sangat2 penting.

Apabila seseorang mengimani, bahawa dia ada kehidupan yang abadi selepas kehidupan di akhirat, maka platform dunia akan dia gunakan sebaiknya, demi menempah satu tiket di akhirat kelak. Maka mereka pun menuju dan bersungguh meningkat amalan, ilmu dan segala keperluan dalam perjalanan ke sana. Maka ketika itu, janganlah timbul rasa bongkak dan sombong dengan apa yang dimiliki.. Selami penyataan ini..

" Iblis laknatullahi alaik, dia dimurkai oleh Allah bukan kerana dia kurang amal dan ilmu. Tetapi tatkala Allah berfirman kepadanya agar semua malaikat sujud ke Nabi Adam, maka semuanya sujud melainkan iblis, lalu mempersoalkan, " Adakah layak aku sujud padanya.? Aku dijadikan dari api dan dia dijaikan dari tanah. Maka aku lebih mulia dibandingkan dengan dia.."..

Lihat sahabat2. Tatkala mencari bekalan ke akhirat, janganlah kita bongkak terhadap Allah atas apa kita telah perbuat, kerana sesungguhnya Allah tidak suka akan mereka yang bongkak, lantas nerakalah tempatnya.

Satu kisah menarik ingin ana kongsikan..

Satu hari, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani didatangi oleh sebuah cahaya. Lalu keluarlah seorang pemuda kacak, memperkenalkan dirinya bahawa dia adalah utusan dari Allah untuk menyampaikan suatu berita kepadanya. " Wahai Syeikh, sesungguhnya Allah menyuruh aku menyampaikan kepada kamu, bahawa telah terangkat segala taklifat kamu sebagai seorang mukallaf.. " Maka tatkala itu, Syeikh lantas mengangkat kasutnya, lalu dilibasnya ke lelaki tersebut sambil beristi'zah, meminta perlindungan daripada Allah. Terbakarlah lelaki tersebut, bertukar menjadi wajahnya yang sebenar iaitu iblis. Iblis pun berkata, " Bagaimana kamu mengetahui aku adalah iblis? Sedangkan sudah ramai orang seperti kamu telah aku perdayakan. Maka jawab Syeikh, " Apakah pangkat aku nak dibandingkan dengan Rasulullah? Baginda, utusan Allah, Kekasih Allah tetapi tidak pernah Allah mengangkat taklifatnya sebagai seorang hamba kepada Allah. Malah, amalan baginda adalah amalan orang yang paling bertaqwa. "

PENGAJARAN..

Maka perlulah kita ingat, bahawa saat kematian kita adalah semakin dekat. Biarpun secara zahirnya, umur bertambah.. Tetapi secara hakikatnya, umur kita di dunia sedang menuju pengakhiran.

Sabda Rasulullah SAW.. " Tatkala mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya, kecuali 3 perkara. Doa anak yang soleh, Ilmu yang bermanfaat dan sedeqah jariah.."

" 3 sahabat tatkala kita mati. Sahabat pertama, Yang tidak mengikut kita walau ke kuburan sekali pun, iaitu harta. Sahabat kedua, yang hanya ikut kita hingga ke kuburan iaitu keluarga dan sanak saudara. Sahabat ketiga, ialah yang akan mengikut bersama di dalam kubur, iaitu amalan.. "

Ajal datang tidak kira waktu. Persoalannya..

Adakah kita tahu bila kita mati ?

Adakah kita tahu di mana kita mati ?

Adakah kita tahu bagaimana kita mati ?

Justeru, sama-samalh kita koreksi diri. Mempersiapkan segalanya sebaik mungkin. Tetapi ingat ! Jangan amalan itu menjadi punca kita masuk ke neraka tatkala kita sulami amalan tersebut dengan KESOMBONGAN terhadap Allah SWT. Nauzubillah..

" Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang sentiasa ingat akan kematian.."

Sudahkah kita bersedia ?

Walllahu'alam. Assalamualaikum WBT..


     

Monday 26 December 2011

~ Jahiliyah dan KITA ~

Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah. Sekali lagi diberikan ilham oleh Yang Maha Esa untuk menulis satu lagi pendapat yang ana kira cukup penting iaitu JAHILIYAH DAN KITA.
Selawat dan Salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW atas komitmen baginda memastikan kita, umat akhir zaman merasai hak kehidupan kita sebagai seorang MUSLIM yang MU'MIN, InsyaAllah..


Mengapa ya terdetik untuk menulis mengenai tajuk ini? Tempoh hari baru berjalan di JOHOR. Sempat juga menatap jiran kita di seberang, Singapura. Fenomena yang seperti biasa kita lihat di mana-mana pun, Melayu Islam tidak bertudung, berpakaian ketat, berdua-duaan. Itu untuk yang perempuanlah. Untuk lelaki, mungkin merempit itu satu hobi, melepak sana sini seperti tiada tanggungjawab yang perlu diselesaikan ataupun mungkin sudah selesai tugas mereka itu. Wallahu'alam..


Tetapi sedar tak sedar, sama sahaja kita dengan mereka dahulu. Siapa mereka tu? Mereka merujuk kepada manusia SEBELUM kedatangan Nabi Muhammad SAW, selaku utusan Allah yang terakhir membawa risalah yang mulia. Sebelum kita meneroka satu persatu, apa itu JAHILIYAH sebenarnya? Ana kira ramai dah tahu. Tapi takpalah. Kita sebut juga di sini.


DEFINISI


Jahiliyah merupakan perkataan Arab. Kata dasarnya ataupun root word dia ialah jahil yang bermaksud tidak mengetaui ataupun tiada pengetahuan. Jadi, Zaman Jahiliyah merupakan zaman di mana masyarakatnya tidak mempunyai pengetahuan, tidak bertamadun dan runtuhnya moral. Tamadun Barat pernah mengalami zaman ini yang dikenali sebagai Zaman Renaissance ataupun Zaman Gelap. Ciri-cirinya sama, zaman ilmu dipinggirkan.


GAMBARAN


Antara persamaan yang ana cuba ketengahkan ialah dari segi moral dan akhlak. Zaman Jahiliyah, perbuatan MINUM ARAK, BERJUDI dan BERZINA berlaku tidak terkawal. Sehinggakan kepercayaan mereka, kaum lelaki yang tidak melakukan perkara tersebut bukanlah lelaki yang sebenar. Kaum wanita tidak diberikan hak mereka. ANAK PEREMPUAN DITANAM HIDUP-HIDUP kerana mereka mempercayai kehadiran mereka akan membawa sial. Ada disebutkan di dalam Al-Quran, mereka hanya ada 2 pilihan terhadap anak perempuan yang dilahirkan. Pertama, sama ada menanam mereka hidup-hidup ataupun hidup dalam keadaan yang hina. Itulah pegangan yang mereka amalkan.


Keadaan ekonomi cukup tidak stabil. Amalan RIBA dan PENINDASAN berlaku secara berleluasa. MEROMPAK dan MENCURI ibarat pekerjaan harian. Yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin. Barang-barang dagangan dirompak ditengah perjalanan. Penipuan dalam sukatan dan timbangan turut dilakukan.


PERSAMAAN


Sekali imbas, memang memperlihatkan ketidak tamadunan mereka. Tetapi cuba kita tengok zaman ini. Semua yang mereka lakukan wujud juga pada zaman ini malah lebih advance daripada mereka. Kegiatan MINUM ARAK, BERJUDI dan BERZINA bukanlah sesuatu yang asing lagi. Kilang Arak pun masih wujud di Malaysia, sebuah negara yang majoritinya beragama ISLAM. Berjudi, tak perlu dibilang. Pusat-pusat judi, kegiatan nombor ekor seolah-olah direla akan kewujudannya. Genting Highland terkenal dengan pusat perjudian. Genting Highland itu di mana? Di Malaysia kan. Soal Zina cukup sedih. Jumlah anak luar nikah yang didaftarkan seramai 200,000 orang dan lebih. Yang didaftarkan. Yang dibuang belum dikira lagi. Macam mana anak luar nikah ini terhasil? Sudah tentu melakukan perbuatan Zina, persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpa ikantan perkahwinan yang sah. Melayu Islam yang pegang piala kejuaraan dalam menghasilkan jumlah sebesar ini.


Aspek ekonomi, RIBA dan PENINDASAN bukan main rancak lagi. Perbankan yang mengamalkan riba. Sistem Kad Kredit. Mata wang kertas. Semuanya tidak membawa keuntungan malah menuju kehancuran. Merompak dan mencuri. Sekarang ini, semuanya berlaku cukup sistematik. Orang yang pakai tie pun boleh mencuri. Orang panggil pencuri profesional. Sign projek, dapat duit. Cukup mudah. Yang kaya makin besar rumah mereka, makin banyak duit. Yang miskin, makin tiada rumah apatah lagi duit.


PENGAJARAN


Bila sebut perkara ini, rasanya semua sudah sedia maklum. Malah tak perlu pun nak dituliskan sebenarnya. Tapi hakikat manusia. Kejap, dah lupa.


Sabda Rasulullah " Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan yang asing dan Islam akan pergi dalam keadaan yang asing. Maka beruntunglah mereka yang asing itu.."


Islam pada hari ini memang dianggap sukup asing. Ajarannya sudah ramai yang meninggalkan. Maka, yang sedikit itulah kita panggil sebagai golongan asing, iaitu golongan yang mengamalkan Islam disaat orang memandangnya sesuatu yang asing. Tidak mahukah kita berada dalam golongan itu?


" Aku meninggalkan kepada kamu 2 perkara. Sekiranya kamu berpegang dengannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. 2 perkara tersebut ialah Al-Quran dan Sunnahku.." ( Sabda Rasulullah )


Dalam al-Quran dan Hadith Nabi, ada disebutkan cara kehidupan yang sejahtera. Tinggal kita saja yang mahu kaji dan amal ataupun tidak.


Maka sahabat-sahabat sekalian, sekali lagi saya mengajak anda semua. Tegakkanlah Islam dalam dirimu nescaya Islam akan tertegak di sekelilingmu. Sama-sama kita koreksi diri, mana kedudukan kita di sisi Allah Taala, bukan kedudukan kita di sisi manusia. Kerana apa? Kerana kepada Allah kita kembali. Bukan kepada manusia. Manfaatkan Petunjuk yang Rasulullah wariskan, carilah ilmu sebanyak yang boleh agar kita beroleh keberkatan dalam hidup, InsyaAllah..


Wallahu'alam, Wassalamualaikum WBT.

Thursday 22 December 2011

~ Max Camp 2011 ~ Pengajaran untuk KITA ..

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, syukur diberikan peluang untuk meng'update' blog setelah sekian lama. bukan sibuk apa pun cuma malas menguasai jiwa. Penyakit orang ISLAM sekarang adalah malas. segalanya mahu mudah. harap2 kita mampu mengubah semua itu, InsyaAllah.

Minggu terakhir cuti semester (sebelum dapat mesej lanjutan cuti 2 minggu), Allah pertemukan diri ini dengan insan2 terpilih dalam program Max Camp anjuran Al Faliheen Management. Bertindak sebagai Fasilitator program, bukanlah sesuatu yang istimewa kerana kita masih dalam usia menggali ILMU.

Sabda Rasulullah,
" Jika kamu mahukan dunia, maka hendaklah BERILMU. Jika kamu mahukan akhirat, maka hendaklah BERILMU. Jika mahukan keduanya, maka hendaklah kamu BERILMU.. "

Nak tunjukkan betapa pentingnya kita menuntut ilmu.

Sabda Rasulullah lagi,
" Siapa yang bersusah payah dalam menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan ke syurga..."

Ana ditugaskan menjaga kumpulan seramai 10 orang, jumlah yang dikira cukup ideal untuk menyampaikan sesuatu dengan berkesan. Dalam kumpulan tu, macam2 ragam anak-anak remaja yang ana kenal. Sekali lagi Alhamdulillah.. Ada yang datang kerana diri sendiri mahukan sesuatu daripada program. Ada yang datang kerana paksaan ibu ayah. Ada yang datang kerana ayah dah daftar namanya. Ikut tanpa perasaan. Tidak mengapalah. Perkara biasa bila kita mengikuti sesuatu program.

Saat yang paling ditunggu2 ialah sesi muhasabah. Dalam program ini, 2 malam dibuat sesi muhasabah. Tujuannya, supaya adik2 peserta sedar atas kefahaman mereka sendiri. Trainer consultant pun ada mengatakan,

" Hidayah Allah datang dalam segala macam bentuk. Mungkin ketika dengar ceramah, mungkin ketika muhasah, mungkin ketika makan, mungkin ketika tidur. Maka kita perlu memodulkan segala benda untuk meraikan mereka..."

4 faktor utama kejayaan Tarbiyah :
1. Murabbinya. ( Daie )
2. Ahlinya yang bersedia. ( Mad'u)
3. Kaedah ( Manhaj )
4. Suasana ( Biah Solehah )

Malam Muhasabah yang ke 2 cukup2 sayu bagi mereka ynag mengerti. Muhasabah malam tu mula dengan keadaan yang agak suram. Adik2nya ada ynag tidur. ada yang tidak rasa apa2, ada yang blur. macam2. Penghujungnya, mereka perlu berjumpa dengan Fasi masing2 sebagai tempat terakhir untuk selamat. Ketika itu, mulalah sesi tangisan. Adik pertama yang berjumpa dengan ana dari kumpulan ana sendiri. Memohon dengan selambe unutk selamat. maka mula ana menengkingnya secara senyap tentang persoalan Allah, Rasulullah dan Ibu Bapa.

" Mana kau letak ALLAH ?? "
" Macam ni perangai kau dengan mak ayah kau "
" Nak lawan cakap mak ayah, kau kira segala belanja yang mak ayah kau dah keluarkan, bayar kat dorang baru boleh lawan cakap .."

Itulah antaranya sehingga adik itu mengeluarkan tangisannya yang diharapkan menjadi tangisan penginsafan yang mengubah corak hidupnya. InsyaAllah.

Selesai sesi muhasabah, hati mula mengetuk..

" Janganlah kau hanya mengajak orang lain sedangkan kau terlupa untuk mengetuk, memuhasabah, menghina diri kau sendiri.. Astaghfirullah... "

Dalam surah As-Soff, Allah telah mengingattkan para Mukmin dan Mukminat agar tidak hanya berkata tetapi amalannya tiada. Maka muhasabah malam itu menjadi satu slot muhasabah untuk diri ini secara tidak langsung.

Selasa, 20 Disember 2011...
Hari terakhir program... Ketika itu, aktiviti mula bersifat santai. ada explorace dan sedikit pengisian lain. Ketika majlis penutup, ana ditugaskan untuk menjadi MC sementara sebelum dikendalikan sepenuhnya oleh trainer. Ketika itu, ibu bapa turut dijemput bersama. Ada satu sesi, trainer akan mengoyakkan hadiah yang telah dibuat oleh adik2 kumpulan mereka sebagai tanda... Bukan ini hadiah yang kami mahukan tetapi ANDA  MESTI BERUBAH !! Termasuklah diri sendiri ini. Bukan ada apa pun. lebih kurang adik2 juga.

Jadi kepada para pembaca, tiada apa yang ingin dikongsikan tetapi bilamana kita berada di atas, bukanlah kita lebih hebat dari yang dibawah. Cumanya kita dilantik untuk menguruskan sesuatu untuk mereka2 di bawah. Tiadalah beza antara kita melainkan taqwa yang lahir dari hati yang ikhlas. Ayuh sama2 kita mengukur tahap ketaqwaan kita kepada DIA, Sang Pencipta !! Wallahu'alam.

Tuesday 6 December 2011

~ Hakikat Ulang Tahun Kelahiran ~

Assalamualaikum.
Pertamanya trimas kpd semua atas ucapan dan doa anda. semoga Allah membalas jasa baik kalian semua. terfikir sjenak mengenai ulang tahun kelahiran . alhamdulillah ada tahun kelahiran. kalau tidak, masakan utk berfikir akannya. InsyaAllah, hari ni nak kongsi sedikit mengenai hakikat ulang tahun . bila tiba hari ulang tahun kita, apa yang sepatutnya kita rasa.

1. Semakin meningkat umur kita, semakin matang cara pemikiran..
inilah antara yang patut kita perhatikan. adakah setiap kali tiba hari ulang tahun kita, corak dan bentuk pemikiran kita masih di tahap yang sama seperti sekolah rendah ataupun setara dengan peningkatan umur kita. sebab itu islam meletakkan syarat wajib bersolat adalah baligh kerana umur baligh sepatutnya menjadi satu titik tolak utk empunya badan menukar atau meningkatkan cara pemikiran mereka.

2. Semakin meningkaat umur, semakin bertambah tanggungjawab..
setiap kita mempunyai tanggungjawab yang sepatutnya kita sedar dan laksanakan. sebagai contoh, tanggungjawab sebagai seorang anak. semakin kita meningkat umur, sepatutnya kita makin bertanggungjawab terhadap kebajikan ibu bapa dan keluarga kita lebih2 lagi sebagai seorang anak yang sulung. kerja2 rumah perlu dilakukan tanpa suruhan, hal2 ibadat wajib juga perlu cakna dan peka sentiasa. tidaklah perlu diingatkan seperti kita ketika masih kanak-kanak dahulu. begitu juga buat mereka yang mula memasuki era berumah tangga. sudah tentu tanggungjawab mereka bertambah. tetapi perlulah kita sedar, setipa apa yang kita lakukan, perlulah diletakkan Allah tujuannnya supaya tatkala kita berjaya tidaklah kita riak dan sombong. tatkala kita gagal, tidaklah kita kecewa kerana Allah mengatahui segalanya.

3. Semakin meningkat umur, semakin dekat kita dengan kematian..
Itulah sebenar2 hakikat yang perlu kita sedari. semakin byk kita menyambut ulang tahun kelahiran, semakin dekatlah kita dengan kematian yang telah Allah takdirnya. Benarlah apa yang Rasulullah sabdakan, Orang yang paling bijak di antara kamu ialah mereka yang sering mengingati mati. mengapa begitu? bukankah mereka yang dapat 5A ataupun 9A bahkan 11 A yang dikatakan bijak. sesungguhnya penilaian Allah adalah yang terbaik. bila difikirkan, memang benar apa yang disabdakan Rasulullah 1400 tahun dahulu. kerana apa? kerana mereka yang sering ingat kepada kematian sering merencana laluan kehidupan mereka selaras dengan kehendak agama demi mencari bekalah untuk menghadapi peristiwa yang pasti itu.

Makanya, kita perlulah sedar akan hakikat2 ini. tidak menjdi masalh untuk kita menyambut ulang tahun kelahiran kita tetapi perlulah dalam kadar yang sederhana kerana bukan itu menjadi matlamat kita di sini. buat mereka yang sedang dan akan menyambut ulang tahun kelahiran mereka, ana ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran. Kullu am wa antum bikhair. semoga berada dalam rahmat dan redha Allah selalunya..

Wallahualam..