" Jika anda sudah jumpa apa yang anda cari, maka janganlah anda tinggalkan mereka yang sedang mencari perkara yang sama iaitu ISLAM.. "




Thursday 29 December 2011

~ Hadiah untuk ROHANI sempena 2012 ~

Assalamualaikum WBT.
Bismillah..
Alhamdulillah..
Segala puji utk Allah, Tuhan semesta alam. Beri peluang dan ruang, untuk kembali mengadun sebuah rencana demi menghasilkan kuih yang berkualiti yakni Iman dan Taqwa kepada Dia, Yang Maha Esa.
Juga selawat kepada baginda Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya', Penghulu dan Penutup segala Nabi dan Rasul, mencipta satu momentum yang cukup hebat dan sangat hebat, dalam memastikan Ummatnya yang sentiasa dikasihi mendapat Rahmat dari Allah SWT.

" Tidak Aku utuskan wahai Muhammad, melainkan untuk menjadi Rahmat buat sekalian alam..."
( Surah Al-Anbiya', ayat 107 )

Hati diketuk tidak berirama. Satu demi satu teguran datang menerpa. MasyaAllah. Allah pertemukan kami dengan beliau, Ustaz Hj Long bin Kechik. Nada beliau, isi beliau, gaya beliau. Cukup memberikan hadirin, satu tamparan bahawa kita sebenarnya sedang lalai dari tujuan kehidupan.

Maka, selamilah sedikit ringkasan mengenai peringatan yang beliau sampaikan..

Kita sekarang hanya hidup sementara. Mencari bekalan menuju kehidupan yang abadi. Allah campak kita di bumi ini, bertujuan bukan sia-sia. Sampai saat kita dipanggil mengadap Illahi, maka apa yang kita bawa hanyalah bekalan yang tidak seberapa itu. Kita tahu tarikh lahir kita. Meraikan bersama keluarga dan taulan. Tapi adakah kita tahu tarikh mati kita? Tahun bertukar tahun, bulan bertukar bulan, minggu bertukar minggu dan seterusnya. Hakikatnya umur kita berkurangan, bukan bertambah. Umur makin menuju penghujungnya, bukan makin jauh dengan penghujungnya. Maka, kita perlu sedar akan hakikat itu.

Bercakap mengenai soal kematian, ada satu sudut yang perlu kita perhatikan. Sebelum itu, kita bawakan statement ..

" Mengapa orang sentiasa berkejaran menuju kejayan duniawi? Harta yang banyak, jawatan yang tinggi, populariti di sana sini. Sebab.. Mereka nampak dengan jelas perkara-perkara itu dengan pancaindera... "

" Mengapa orang sentiasa terkebelakang dalam soal kejayaan akhirat? Syurga, keampunan Allah, terlepas dari neraka. Kerana.. Mereka tidak nampak perkara-perkara itu dengan jelas kerana semua itu adalah ghaib MELAINKAN.... Mereka yang mempunyai iman dan taqwa yang tinggi kepada Allah dan Hari Akhirat.. "

Ya. Sebab itu iman sangat2 penting.

Apabila seseorang mengimani, bahawa dia ada kehidupan yang abadi selepas kehidupan di akhirat, maka platform dunia akan dia gunakan sebaiknya, demi menempah satu tiket di akhirat kelak. Maka mereka pun menuju dan bersungguh meningkat amalan, ilmu dan segala keperluan dalam perjalanan ke sana. Maka ketika itu, janganlah timbul rasa bongkak dan sombong dengan apa yang dimiliki.. Selami penyataan ini..

" Iblis laknatullahi alaik, dia dimurkai oleh Allah bukan kerana dia kurang amal dan ilmu. Tetapi tatkala Allah berfirman kepadanya agar semua malaikat sujud ke Nabi Adam, maka semuanya sujud melainkan iblis, lalu mempersoalkan, " Adakah layak aku sujud padanya.? Aku dijadikan dari api dan dia dijaikan dari tanah. Maka aku lebih mulia dibandingkan dengan dia.."..

Lihat sahabat2. Tatkala mencari bekalan ke akhirat, janganlah kita bongkak terhadap Allah atas apa kita telah perbuat, kerana sesungguhnya Allah tidak suka akan mereka yang bongkak, lantas nerakalah tempatnya.

Satu kisah menarik ingin ana kongsikan..

Satu hari, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani didatangi oleh sebuah cahaya. Lalu keluarlah seorang pemuda kacak, memperkenalkan dirinya bahawa dia adalah utusan dari Allah untuk menyampaikan suatu berita kepadanya. " Wahai Syeikh, sesungguhnya Allah menyuruh aku menyampaikan kepada kamu, bahawa telah terangkat segala taklifat kamu sebagai seorang mukallaf.. " Maka tatkala itu, Syeikh lantas mengangkat kasutnya, lalu dilibasnya ke lelaki tersebut sambil beristi'zah, meminta perlindungan daripada Allah. Terbakarlah lelaki tersebut, bertukar menjadi wajahnya yang sebenar iaitu iblis. Iblis pun berkata, " Bagaimana kamu mengetahui aku adalah iblis? Sedangkan sudah ramai orang seperti kamu telah aku perdayakan. Maka jawab Syeikh, " Apakah pangkat aku nak dibandingkan dengan Rasulullah? Baginda, utusan Allah, Kekasih Allah tetapi tidak pernah Allah mengangkat taklifatnya sebagai seorang hamba kepada Allah. Malah, amalan baginda adalah amalan orang yang paling bertaqwa. "

PENGAJARAN..

Maka perlulah kita ingat, bahawa saat kematian kita adalah semakin dekat. Biarpun secara zahirnya, umur bertambah.. Tetapi secara hakikatnya, umur kita di dunia sedang menuju pengakhiran.

Sabda Rasulullah SAW.. " Tatkala mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya, kecuali 3 perkara. Doa anak yang soleh, Ilmu yang bermanfaat dan sedeqah jariah.."

" 3 sahabat tatkala kita mati. Sahabat pertama, Yang tidak mengikut kita walau ke kuburan sekali pun, iaitu harta. Sahabat kedua, yang hanya ikut kita hingga ke kuburan iaitu keluarga dan sanak saudara. Sahabat ketiga, ialah yang akan mengikut bersama di dalam kubur, iaitu amalan.. "

Ajal datang tidak kira waktu. Persoalannya..

Adakah kita tahu bila kita mati ?

Adakah kita tahu di mana kita mati ?

Adakah kita tahu bagaimana kita mati ?

Justeru, sama-samalh kita koreksi diri. Mempersiapkan segalanya sebaik mungkin. Tetapi ingat ! Jangan amalan itu menjadi punca kita masuk ke neraka tatkala kita sulami amalan tersebut dengan KESOMBONGAN terhadap Allah SWT. Nauzubillah..

" Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang sentiasa ingat akan kematian.."

Sudahkah kita bersedia ?

Walllahu'alam. Assalamualaikum WBT..


     

Monday 26 December 2011

~ Jahiliyah dan KITA ~

Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah. Sekali lagi diberikan ilham oleh Yang Maha Esa untuk menulis satu lagi pendapat yang ana kira cukup penting iaitu JAHILIYAH DAN KITA.
Selawat dan Salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW atas komitmen baginda memastikan kita, umat akhir zaman merasai hak kehidupan kita sebagai seorang MUSLIM yang MU'MIN, InsyaAllah..


Mengapa ya terdetik untuk menulis mengenai tajuk ini? Tempoh hari baru berjalan di JOHOR. Sempat juga menatap jiran kita di seberang, Singapura. Fenomena yang seperti biasa kita lihat di mana-mana pun, Melayu Islam tidak bertudung, berpakaian ketat, berdua-duaan. Itu untuk yang perempuanlah. Untuk lelaki, mungkin merempit itu satu hobi, melepak sana sini seperti tiada tanggungjawab yang perlu diselesaikan ataupun mungkin sudah selesai tugas mereka itu. Wallahu'alam..


Tetapi sedar tak sedar, sama sahaja kita dengan mereka dahulu. Siapa mereka tu? Mereka merujuk kepada manusia SEBELUM kedatangan Nabi Muhammad SAW, selaku utusan Allah yang terakhir membawa risalah yang mulia. Sebelum kita meneroka satu persatu, apa itu JAHILIYAH sebenarnya? Ana kira ramai dah tahu. Tapi takpalah. Kita sebut juga di sini.


DEFINISI


Jahiliyah merupakan perkataan Arab. Kata dasarnya ataupun root word dia ialah jahil yang bermaksud tidak mengetaui ataupun tiada pengetahuan. Jadi, Zaman Jahiliyah merupakan zaman di mana masyarakatnya tidak mempunyai pengetahuan, tidak bertamadun dan runtuhnya moral. Tamadun Barat pernah mengalami zaman ini yang dikenali sebagai Zaman Renaissance ataupun Zaman Gelap. Ciri-cirinya sama, zaman ilmu dipinggirkan.


GAMBARAN


Antara persamaan yang ana cuba ketengahkan ialah dari segi moral dan akhlak. Zaman Jahiliyah, perbuatan MINUM ARAK, BERJUDI dan BERZINA berlaku tidak terkawal. Sehinggakan kepercayaan mereka, kaum lelaki yang tidak melakukan perkara tersebut bukanlah lelaki yang sebenar. Kaum wanita tidak diberikan hak mereka. ANAK PEREMPUAN DITANAM HIDUP-HIDUP kerana mereka mempercayai kehadiran mereka akan membawa sial. Ada disebutkan di dalam Al-Quran, mereka hanya ada 2 pilihan terhadap anak perempuan yang dilahirkan. Pertama, sama ada menanam mereka hidup-hidup ataupun hidup dalam keadaan yang hina. Itulah pegangan yang mereka amalkan.


Keadaan ekonomi cukup tidak stabil. Amalan RIBA dan PENINDASAN berlaku secara berleluasa. MEROMPAK dan MENCURI ibarat pekerjaan harian. Yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin. Barang-barang dagangan dirompak ditengah perjalanan. Penipuan dalam sukatan dan timbangan turut dilakukan.


PERSAMAAN


Sekali imbas, memang memperlihatkan ketidak tamadunan mereka. Tetapi cuba kita tengok zaman ini. Semua yang mereka lakukan wujud juga pada zaman ini malah lebih advance daripada mereka. Kegiatan MINUM ARAK, BERJUDI dan BERZINA bukanlah sesuatu yang asing lagi. Kilang Arak pun masih wujud di Malaysia, sebuah negara yang majoritinya beragama ISLAM. Berjudi, tak perlu dibilang. Pusat-pusat judi, kegiatan nombor ekor seolah-olah direla akan kewujudannya. Genting Highland terkenal dengan pusat perjudian. Genting Highland itu di mana? Di Malaysia kan. Soal Zina cukup sedih. Jumlah anak luar nikah yang didaftarkan seramai 200,000 orang dan lebih. Yang didaftarkan. Yang dibuang belum dikira lagi. Macam mana anak luar nikah ini terhasil? Sudah tentu melakukan perbuatan Zina, persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpa ikantan perkahwinan yang sah. Melayu Islam yang pegang piala kejuaraan dalam menghasilkan jumlah sebesar ini.


Aspek ekonomi, RIBA dan PENINDASAN bukan main rancak lagi. Perbankan yang mengamalkan riba. Sistem Kad Kredit. Mata wang kertas. Semuanya tidak membawa keuntungan malah menuju kehancuran. Merompak dan mencuri. Sekarang ini, semuanya berlaku cukup sistematik. Orang yang pakai tie pun boleh mencuri. Orang panggil pencuri profesional. Sign projek, dapat duit. Cukup mudah. Yang kaya makin besar rumah mereka, makin banyak duit. Yang miskin, makin tiada rumah apatah lagi duit.


PENGAJARAN


Bila sebut perkara ini, rasanya semua sudah sedia maklum. Malah tak perlu pun nak dituliskan sebenarnya. Tapi hakikat manusia. Kejap, dah lupa.


Sabda Rasulullah " Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan yang asing dan Islam akan pergi dalam keadaan yang asing. Maka beruntunglah mereka yang asing itu.."


Islam pada hari ini memang dianggap sukup asing. Ajarannya sudah ramai yang meninggalkan. Maka, yang sedikit itulah kita panggil sebagai golongan asing, iaitu golongan yang mengamalkan Islam disaat orang memandangnya sesuatu yang asing. Tidak mahukah kita berada dalam golongan itu?


" Aku meninggalkan kepada kamu 2 perkara. Sekiranya kamu berpegang dengannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. 2 perkara tersebut ialah Al-Quran dan Sunnahku.." ( Sabda Rasulullah )


Dalam al-Quran dan Hadith Nabi, ada disebutkan cara kehidupan yang sejahtera. Tinggal kita saja yang mahu kaji dan amal ataupun tidak.


Maka sahabat-sahabat sekalian, sekali lagi saya mengajak anda semua. Tegakkanlah Islam dalam dirimu nescaya Islam akan tertegak di sekelilingmu. Sama-sama kita koreksi diri, mana kedudukan kita di sisi Allah Taala, bukan kedudukan kita di sisi manusia. Kerana apa? Kerana kepada Allah kita kembali. Bukan kepada manusia. Manfaatkan Petunjuk yang Rasulullah wariskan, carilah ilmu sebanyak yang boleh agar kita beroleh keberkatan dalam hidup, InsyaAllah..


Wallahu'alam, Wassalamualaikum WBT.

Thursday 22 December 2011

~ Max Camp 2011 ~ Pengajaran untuk KITA ..

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, syukur diberikan peluang untuk meng'update' blog setelah sekian lama. bukan sibuk apa pun cuma malas menguasai jiwa. Penyakit orang ISLAM sekarang adalah malas. segalanya mahu mudah. harap2 kita mampu mengubah semua itu, InsyaAllah.

Minggu terakhir cuti semester (sebelum dapat mesej lanjutan cuti 2 minggu), Allah pertemukan diri ini dengan insan2 terpilih dalam program Max Camp anjuran Al Faliheen Management. Bertindak sebagai Fasilitator program, bukanlah sesuatu yang istimewa kerana kita masih dalam usia menggali ILMU.

Sabda Rasulullah,
" Jika kamu mahukan dunia, maka hendaklah BERILMU. Jika kamu mahukan akhirat, maka hendaklah BERILMU. Jika mahukan keduanya, maka hendaklah kamu BERILMU.. "

Nak tunjukkan betapa pentingnya kita menuntut ilmu.

Sabda Rasulullah lagi,
" Siapa yang bersusah payah dalam menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan ke syurga..."

Ana ditugaskan menjaga kumpulan seramai 10 orang, jumlah yang dikira cukup ideal untuk menyampaikan sesuatu dengan berkesan. Dalam kumpulan tu, macam2 ragam anak-anak remaja yang ana kenal. Sekali lagi Alhamdulillah.. Ada yang datang kerana diri sendiri mahukan sesuatu daripada program. Ada yang datang kerana paksaan ibu ayah. Ada yang datang kerana ayah dah daftar namanya. Ikut tanpa perasaan. Tidak mengapalah. Perkara biasa bila kita mengikuti sesuatu program.

Saat yang paling ditunggu2 ialah sesi muhasabah. Dalam program ini, 2 malam dibuat sesi muhasabah. Tujuannya, supaya adik2 peserta sedar atas kefahaman mereka sendiri. Trainer consultant pun ada mengatakan,

" Hidayah Allah datang dalam segala macam bentuk. Mungkin ketika dengar ceramah, mungkin ketika muhasah, mungkin ketika makan, mungkin ketika tidur. Maka kita perlu memodulkan segala benda untuk meraikan mereka..."

4 faktor utama kejayaan Tarbiyah :
1. Murabbinya. ( Daie )
2. Ahlinya yang bersedia. ( Mad'u)
3. Kaedah ( Manhaj )
4. Suasana ( Biah Solehah )

Malam Muhasabah yang ke 2 cukup2 sayu bagi mereka ynag mengerti. Muhasabah malam tu mula dengan keadaan yang agak suram. Adik2nya ada ynag tidur. ada yang tidak rasa apa2, ada yang blur. macam2. Penghujungnya, mereka perlu berjumpa dengan Fasi masing2 sebagai tempat terakhir untuk selamat. Ketika itu, mulalah sesi tangisan. Adik pertama yang berjumpa dengan ana dari kumpulan ana sendiri. Memohon dengan selambe unutk selamat. maka mula ana menengkingnya secara senyap tentang persoalan Allah, Rasulullah dan Ibu Bapa.

" Mana kau letak ALLAH ?? "
" Macam ni perangai kau dengan mak ayah kau "
" Nak lawan cakap mak ayah, kau kira segala belanja yang mak ayah kau dah keluarkan, bayar kat dorang baru boleh lawan cakap .."

Itulah antaranya sehingga adik itu mengeluarkan tangisannya yang diharapkan menjadi tangisan penginsafan yang mengubah corak hidupnya. InsyaAllah.

Selesai sesi muhasabah, hati mula mengetuk..

" Janganlah kau hanya mengajak orang lain sedangkan kau terlupa untuk mengetuk, memuhasabah, menghina diri kau sendiri.. Astaghfirullah... "

Dalam surah As-Soff, Allah telah mengingattkan para Mukmin dan Mukminat agar tidak hanya berkata tetapi amalannya tiada. Maka muhasabah malam itu menjadi satu slot muhasabah untuk diri ini secara tidak langsung.

Selasa, 20 Disember 2011...
Hari terakhir program... Ketika itu, aktiviti mula bersifat santai. ada explorace dan sedikit pengisian lain. Ketika majlis penutup, ana ditugaskan untuk menjadi MC sementara sebelum dikendalikan sepenuhnya oleh trainer. Ketika itu, ibu bapa turut dijemput bersama. Ada satu sesi, trainer akan mengoyakkan hadiah yang telah dibuat oleh adik2 kumpulan mereka sebagai tanda... Bukan ini hadiah yang kami mahukan tetapi ANDA  MESTI BERUBAH !! Termasuklah diri sendiri ini. Bukan ada apa pun. lebih kurang adik2 juga.

Jadi kepada para pembaca, tiada apa yang ingin dikongsikan tetapi bilamana kita berada di atas, bukanlah kita lebih hebat dari yang dibawah. Cumanya kita dilantik untuk menguruskan sesuatu untuk mereka2 di bawah. Tiadalah beza antara kita melainkan taqwa yang lahir dari hati yang ikhlas. Ayuh sama2 kita mengukur tahap ketaqwaan kita kepada DIA, Sang Pencipta !! Wallahu'alam.

Tuesday 6 December 2011

~ Hakikat Ulang Tahun Kelahiran ~

Assalamualaikum.
Pertamanya trimas kpd semua atas ucapan dan doa anda. semoga Allah membalas jasa baik kalian semua. terfikir sjenak mengenai ulang tahun kelahiran . alhamdulillah ada tahun kelahiran. kalau tidak, masakan utk berfikir akannya. InsyaAllah, hari ni nak kongsi sedikit mengenai hakikat ulang tahun . bila tiba hari ulang tahun kita, apa yang sepatutnya kita rasa.

1. Semakin meningkat umur kita, semakin matang cara pemikiran..
inilah antara yang patut kita perhatikan. adakah setiap kali tiba hari ulang tahun kita, corak dan bentuk pemikiran kita masih di tahap yang sama seperti sekolah rendah ataupun setara dengan peningkatan umur kita. sebab itu islam meletakkan syarat wajib bersolat adalah baligh kerana umur baligh sepatutnya menjadi satu titik tolak utk empunya badan menukar atau meningkatkan cara pemikiran mereka.

2. Semakin meningkaat umur, semakin bertambah tanggungjawab..
setiap kita mempunyai tanggungjawab yang sepatutnya kita sedar dan laksanakan. sebagai contoh, tanggungjawab sebagai seorang anak. semakin kita meningkat umur, sepatutnya kita makin bertanggungjawab terhadap kebajikan ibu bapa dan keluarga kita lebih2 lagi sebagai seorang anak yang sulung. kerja2 rumah perlu dilakukan tanpa suruhan, hal2 ibadat wajib juga perlu cakna dan peka sentiasa. tidaklah perlu diingatkan seperti kita ketika masih kanak-kanak dahulu. begitu juga buat mereka yang mula memasuki era berumah tangga. sudah tentu tanggungjawab mereka bertambah. tetapi perlulah kita sedar, setipa apa yang kita lakukan, perlulah diletakkan Allah tujuannnya supaya tatkala kita berjaya tidaklah kita riak dan sombong. tatkala kita gagal, tidaklah kita kecewa kerana Allah mengatahui segalanya.

3. Semakin meningkat umur, semakin dekat kita dengan kematian..
Itulah sebenar2 hakikat yang perlu kita sedari. semakin byk kita menyambut ulang tahun kelahiran, semakin dekatlah kita dengan kematian yang telah Allah takdirnya. Benarlah apa yang Rasulullah sabdakan, Orang yang paling bijak di antara kamu ialah mereka yang sering mengingati mati. mengapa begitu? bukankah mereka yang dapat 5A ataupun 9A bahkan 11 A yang dikatakan bijak. sesungguhnya penilaian Allah adalah yang terbaik. bila difikirkan, memang benar apa yang disabdakan Rasulullah 1400 tahun dahulu. kerana apa? kerana mereka yang sering ingat kepada kematian sering merencana laluan kehidupan mereka selaras dengan kehendak agama demi mencari bekalah untuk menghadapi peristiwa yang pasti itu.

Makanya, kita perlulah sedar akan hakikat2 ini. tidak menjdi masalh untuk kita menyambut ulang tahun kelahiran kita tetapi perlulah dalam kadar yang sederhana kerana bukan itu menjadi matlamat kita di sini. buat mereka yang sedang dan akan menyambut ulang tahun kelahiran mereka, ana ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran. Kullu am wa antum bikhair. semoga berada dalam rahmat dan redha Allah selalunya..

Wallahualam..

Sunday 6 November 2011

SOLAT BERJEMAAH.. Prihatinkah kita mengenainya.??

Sekali lagi bersua. Mencurah pandangan jiwa yang lara dan fana. Syukur ke Hadrat Illahi dan Selawat dan Salam atas Rasulullah, Khatimul Anbiya'..

Kali ini mengenai topik yang agak ditekankan semasa diriku masih di DQ.. Solat Berjemaah.. Rasanya semua menyedari penekanan oleh Rasulullah akan solat berjemaah.


Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat seseorang dengan berjamaah berlipat ganda dari solat sendirian di rumahnya dan di pasar sebanyak 25 kali , iaitu apabila dia berwuduk, dia sempurnakan wuduknya, kemudian ia pergi ke masjid dan hanya semata-mata untuk solat; ia tiada melangkahkan kakinya, melainkan akan menambah tingkat dirinya satu darjat dan setiap langkah akan menghapuskan satu kesalahan. Apa bila ia solat, maka malaikat akan selalu mengucapkan selawat kepadanya selama dia tinggal di tempat solat itu dan tidak berkata-kata. Malaikat berdoa: Allahumma salli’alaih, Allahumma arhamhu ( Ya Allah berilah dia rahmat dan berilah dia kasih sayang ) dan ia tetap seperti orang yang mengerjakan solat selama dia menantikan solat .”
( HR Bukhari Muslim dan lafaz ini ada pada sisi Bukhari )

Tetapi cukup malang sekali mereka yang sekadar mengetahui, tetabi hati dan jiwanya langsung tidak terpanggil dengan seruan dan ganjaran yang Allah janjikan. Innallaha la yukhliful mi'ad..

Sidang pembaca sekalian..
Mengapa solat berjemaah itu penting sahabat2 sekalian. Tidaklah Rasulullah menekankan akan sesuatu perkara melainkan ada sesuatu di sebaliknya. Ana akan cuba kongsikan kelebihannya menurut beberapa aspek iaitu dari segi ganjaran Akhirat, kesan di dunia dan kelebihan menurut sains.

1. Ganjaran Akhirat

Solat berjemaah menjanjikan 27 kali ganda pahala atau ganjaran berbanding dengan solat secara bersendirian. Analogi mudah untuk kita sama2 fikirkan. Bayangkan jika anda bekerj di sebuah syarikat. Tatkala mendapat surat tawaran kerja, tertulis di lembaran tersebut, anda diberika pilihan jumlah gaji samaada RM 1000 atau RM 27000. Secara logik kita boleh katakan semuanya pasti memilih jumlah gaji RM 27000 berbanding RM 1000. Samalah keadaannya dengan solat berjemaah bahkan lebih terjamin kerana Allah yang menjanjikan 'gaji' tersebut. Maka, tidakkah kita berfikir?

2. Kesan di Dunia

Solat berjemaah secara tidak langsung menjadi sebuah platform terbaik bagi seseorang untuk bergaul dengan masyarakat setempat. Mungkin itulah salah satu hikmah mengapa Rasulullah sangat menekan akan perihal solat berjemaah.

Teringat juga akan sabda Baginda : " Barangsiapa daripada ummatku yang tidak mengambil peduli akan perihal sahabatnya yang lain, maka dia bukanlah daripadaku. "

Bagi seorang daie, hidup bermasyarakat menjadi salah satu kewajiban untuk mereka sebagai salah satu kaedah untuk kelangsungan menyampaikan risalah yang mulia iaitu Islam. Tidakkah kita hairan bagaimana seorang ustaz atau penceramah dengan gahnya menyampaikan ceramah mereka di corong radio dan ruangan televisyen tetapi kehadirannya di masjid atau surau rumahnya tidak pernah dikesan? Sudah tentu penduduk di sekitarnya merasakan 'doubt' kerana aspek KEPERCAYAAN penduduk sekitar seperti ditinggalkan oleh si penceramah tersebut.

3. Kelebihan menurut Sains
Seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita.

Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan. Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat sunnat yang dituntut bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan aktiviti-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi.

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam penyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada dikiri dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.

Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berehat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat. Seterusnya, setelah seharian kita hadir kuliyah, membanting tulang bekerja atau memerah otak belajar, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.

Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat. Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kolej atau kerja, pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), sebanyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).

Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud. Malam amalan solat ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat-sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangkan di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.



Jesteru sahabat2 sekalian, apa lagi tujuan kita hidup selain beribadah kepada Allah dengan sebaiknya. Ayuh sama2 meramaikan surau dan masjid berdekatan, InsyaAllah.. Salam mujahadah..!!





Alhamdulillah..

Assalamualaikum..
Bermula sudah perjalanan sebagai Blogger. Setinggi SYUKUR kehadrat Illahi atas kesempatan menggantikan karbon dioksida dengan oksigen. SELAWAT dan SALAM atas Junjungan Besar, Rasulullah S.A.W atas kegigihan menyampaikan risalah ISLAM sehingga dapt dirasai akan nikmatnya hari ini..