" Jika anda sudah jumpa apa yang anda cari, maka janganlah anda tinggalkan mereka yang sedang mencari perkara yang sama iaitu ISLAM.. "




Thursday 29 December 2011

~ Hadiah untuk ROHANI sempena 2012 ~

Assalamualaikum WBT.
Bismillah..
Alhamdulillah..
Segala puji utk Allah, Tuhan semesta alam. Beri peluang dan ruang, untuk kembali mengadun sebuah rencana demi menghasilkan kuih yang berkualiti yakni Iman dan Taqwa kepada Dia, Yang Maha Esa.
Juga selawat kepada baginda Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya', Penghulu dan Penutup segala Nabi dan Rasul, mencipta satu momentum yang cukup hebat dan sangat hebat, dalam memastikan Ummatnya yang sentiasa dikasihi mendapat Rahmat dari Allah SWT.

" Tidak Aku utuskan wahai Muhammad, melainkan untuk menjadi Rahmat buat sekalian alam..."
( Surah Al-Anbiya', ayat 107 )

Hati diketuk tidak berirama. Satu demi satu teguran datang menerpa. MasyaAllah. Allah pertemukan kami dengan beliau, Ustaz Hj Long bin Kechik. Nada beliau, isi beliau, gaya beliau. Cukup memberikan hadirin, satu tamparan bahawa kita sebenarnya sedang lalai dari tujuan kehidupan.

Maka, selamilah sedikit ringkasan mengenai peringatan yang beliau sampaikan..

Kita sekarang hanya hidup sementara. Mencari bekalan menuju kehidupan yang abadi. Allah campak kita di bumi ini, bertujuan bukan sia-sia. Sampai saat kita dipanggil mengadap Illahi, maka apa yang kita bawa hanyalah bekalan yang tidak seberapa itu. Kita tahu tarikh lahir kita. Meraikan bersama keluarga dan taulan. Tapi adakah kita tahu tarikh mati kita? Tahun bertukar tahun, bulan bertukar bulan, minggu bertukar minggu dan seterusnya. Hakikatnya umur kita berkurangan, bukan bertambah. Umur makin menuju penghujungnya, bukan makin jauh dengan penghujungnya. Maka, kita perlu sedar akan hakikat itu.

Bercakap mengenai soal kematian, ada satu sudut yang perlu kita perhatikan. Sebelum itu, kita bawakan statement ..

" Mengapa orang sentiasa berkejaran menuju kejayan duniawi? Harta yang banyak, jawatan yang tinggi, populariti di sana sini. Sebab.. Mereka nampak dengan jelas perkara-perkara itu dengan pancaindera... "

" Mengapa orang sentiasa terkebelakang dalam soal kejayaan akhirat? Syurga, keampunan Allah, terlepas dari neraka. Kerana.. Mereka tidak nampak perkara-perkara itu dengan jelas kerana semua itu adalah ghaib MELAINKAN.... Mereka yang mempunyai iman dan taqwa yang tinggi kepada Allah dan Hari Akhirat.. "

Ya. Sebab itu iman sangat2 penting.

Apabila seseorang mengimani, bahawa dia ada kehidupan yang abadi selepas kehidupan di akhirat, maka platform dunia akan dia gunakan sebaiknya, demi menempah satu tiket di akhirat kelak. Maka mereka pun menuju dan bersungguh meningkat amalan, ilmu dan segala keperluan dalam perjalanan ke sana. Maka ketika itu, janganlah timbul rasa bongkak dan sombong dengan apa yang dimiliki.. Selami penyataan ini..

" Iblis laknatullahi alaik, dia dimurkai oleh Allah bukan kerana dia kurang amal dan ilmu. Tetapi tatkala Allah berfirman kepadanya agar semua malaikat sujud ke Nabi Adam, maka semuanya sujud melainkan iblis, lalu mempersoalkan, " Adakah layak aku sujud padanya.? Aku dijadikan dari api dan dia dijaikan dari tanah. Maka aku lebih mulia dibandingkan dengan dia.."..

Lihat sahabat2. Tatkala mencari bekalan ke akhirat, janganlah kita bongkak terhadap Allah atas apa kita telah perbuat, kerana sesungguhnya Allah tidak suka akan mereka yang bongkak, lantas nerakalah tempatnya.

Satu kisah menarik ingin ana kongsikan..

Satu hari, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani didatangi oleh sebuah cahaya. Lalu keluarlah seorang pemuda kacak, memperkenalkan dirinya bahawa dia adalah utusan dari Allah untuk menyampaikan suatu berita kepadanya. " Wahai Syeikh, sesungguhnya Allah menyuruh aku menyampaikan kepada kamu, bahawa telah terangkat segala taklifat kamu sebagai seorang mukallaf.. " Maka tatkala itu, Syeikh lantas mengangkat kasutnya, lalu dilibasnya ke lelaki tersebut sambil beristi'zah, meminta perlindungan daripada Allah. Terbakarlah lelaki tersebut, bertukar menjadi wajahnya yang sebenar iaitu iblis. Iblis pun berkata, " Bagaimana kamu mengetahui aku adalah iblis? Sedangkan sudah ramai orang seperti kamu telah aku perdayakan. Maka jawab Syeikh, " Apakah pangkat aku nak dibandingkan dengan Rasulullah? Baginda, utusan Allah, Kekasih Allah tetapi tidak pernah Allah mengangkat taklifatnya sebagai seorang hamba kepada Allah. Malah, amalan baginda adalah amalan orang yang paling bertaqwa. "

PENGAJARAN..

Maka perlulah kita ingat, bahawa saat kematian kita adalah semakin dekat. Biarpun secara zahirnya, umur bertambah.. Tetapi secara hakikatnya, umur kita di dunia sedang menuju pengakhiran.

Sabda Rasulullah SAW.. " Tatkala mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya, kecuali 3 perkara. Doa anak yang soleh, Ilmu yang bermanfaat dan sedeqah jariah.."

" 3 sahabat tatkala kita mati. Sahabat pertama, Yang tidak mengikut kita walau ke kuburan sekali pun, iaitu harta. Sahabat kedua, yang hanya ikut kita hingga ke kuburan iaitu keluarga dan sanak saudara. Sahabat ketiga, ialah yang akan mengikut bersama di dalam kubur, iaitu amalan.. "

Ajal datang tidak kira waktu. Persoalannya..

Adakah kita tahu bila kita mati ?

Adakah kita tahu di mana kita mati ?

Adakah kita tahu bagaimana kita mati ?

Justeru, sama-samalh kita koreksi diri. Mempersiapkan segalanya sebaik mungkin. Tetapi ingat ! Jangan amalan itu menjadi punca kita masuk ke neraka tatkala kita sulami amalan tersebut dengan KESOMBONGAN terhadap Allah SWT. Nauzubillah..

" Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang sentiasa ingat akan kematian.."

Sudahkah kita bersedia ?

Walllahu'alam. Assalamualaikum WBT..


     

2 comments:

  1. masyaAllah..! Mmg terpukul..! Terbaik..! Bgus entri kali ini.. MeMuhasabahkn diri.. Keep it up..

    Nur_malam

    ReplyDelete
  2. Allahu akbar !. Ayuh koreksi Diri, Insafi Diri !!

    ReplyDelete