" Jika anda sudah jumpa apa yang anda cari, maka janganlah anda tinggalkan mereka yang sedang mencari perkara yang sama iaitu ISLAM.. "




Sunday 6 November 2011

SOLAT BERJEMAAH.. Prihatinkah kita mengenainya.??

Sekali lagi bersua. Mencurah pandangan jiwa yang lara dan fana. Syukur ke Hadrat Illahi dan Selawat dan Salam atas Rasulullah, Khatimul Anbiya'..

Kali ini mengenai topik yang agak ditekankan semasa diriku masih di DQ.. Solat Berjemaah.. Rasanya semua menyedari penekanan oleh Rasulullah akan solat berjemaah.


Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat seseorang dengan berjamaah berlipat ganda dari solat sendirian di rumahnya dan di pasar sebanyak 25 kali , iaitu apabila dia berwuduk, dia sempurnakan wuduknya, kemudian ia pergi ke masjid dan hanya semata-mata untuk solat; ia tiada melangkahkan kakinya, melainkan akan menambah tingkat dirinya satu darjat dan setiap langkah akan menghapuskan satu kesalahan. Apa bila ia solat, maka malaikat akan selalu mengucapkan selawat kepadanya selama dia tinggal di tempat solat itu dan tidak berkata-kata. Malaikat berdoa: Allahumma salli’alaih, Allahumma arhamhu ( Ya Allah berilah dia rahmat dan berilah dia kasih sayang ) dan ia tetap seperti orang yang mengerjakan solat selama dia menantikan solat .”
( HR Bukhari Muslim dan lafaz ini ada pada sisi Bukhari )

Tetapi cukup malang sekali mereka yang sekadar mengetahui, tetabi hati dan jiwanya langsung tidak terpanggil dengan seruan dan ganjaran yang Allah janjikan. Innallaha la yukhliful mi'ad..

Sidang pembaca sekalian..
Mengapa solat berjemaah itu penting sahabat2 sekalian. Tidaklah Rasulullah menekankan akan sesuatu perkara melainkan ada sesuatu di sebaliknya. Ana akan cuba kongsikan kelebihannya menurut beberapa aspek iaitu dari segi ganjaran Akhirat, kesan di dunia dan kelebihan menurut sains.

1. Ganjaran Akhirat

Solat berjemaah menjanjikan 27 kali ganda pahala atau ganjaran berbanding dengan solat secara bersendirian. Analogi mudah untuk kita sama2 fikirkan. Bayangkan jika anda bekerj di sebuah syarikat. Tatkala mendapat surat tawaran kerja, tertulis di lembaran tersebut, anda diberika pilihan jumlah gaji samaada RM 1000 atau RM 27000. Secara logik kita boleh katakan semuanya pasti memilih jumlah gaji RM 27000 berbanding RM 1000. Samalah keadaannya dengan solat berjemaah bahkan lebih terjamin kerana Allah yang menjanjikan 'gaji' tersebut. Maka, tidakkah kita berfikir?

2. Kesan di Dunia

Solat berjemaah secara tidak langsung menjadi sebuah platform terbaik bagi seseorang untuk bergaul dengan masyarakat setempat. Mungkin itulah salah satu hikmah mengapa Rasulullah sangat menekan akan perihal solat berjemaah.

Teringat juga akan sabda Baginda : " Barangsiapa daripada ummatku yang tidak mengambil peduli akan perihal sahabatnya yang lain, maka dia bukanlah daripadaku. "

Bagi seorang daie, hidup bermasyarakat menjadi salah satu kewajiban untuk mereka sebagai salah satu kaedah untuk kelangsungan menyampaikan risalah yang mulia iaitu Islam. Tidakkah kita hairan bagaimana seorang ustaz atau penceramah dengan gahnya menyampaikan ceramah mereka di corong radio dan ruangan televisyen tetapi kehadirannya di masjid atau surau rumahnya tidak pernah dikesan? Sudah tentu penduduk di sekitarnya merasakan 'doubt' kerana aspek KEPERCAYAAN penduduk sekitar seperti ditinggalkan oleh si penceramah tersebut.

3. Kelebihan menurut Sains
Seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita.

Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan. Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat sunnat yang dituntut bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan aktiviti-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi.

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam penyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada dikiri dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.

Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berehat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat. Seterusnya, setelah seharian kita hadir kuliyah, membanting tulang bekerja atau memerah otak belajar, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.

Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat. Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kolej atau kerja, pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), sebanyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).

Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud. Malam amalan solat ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat-sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangkan di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.



Jesteru sahabat2 sekalian, apa lagi tujuan kita hidup selain beribadah kepada Allah dengan sebaiknya. Ayuh sama2 meramaikan surau dan masjid berdekatan, InsyaAllah.. Salam mujahadah..!!





Alhamdulillah..

Assalamualaikum..
Bermula sudah perjalanan sebagai Blogger. Setinggi SYUKUR kehadrat Illahi atas kesempatan menggantikan karbon dioksida dengan oksigen. SELAWAT dan SALAM atas Junjungan Besar, Rasulullah S.A.W atas kegigihan menyampaikan risalah ISLAM sehingga dapt dirasai akan nikmatnya hari ini..