Coretan
Tazkirah
1. Kisah Tong Sampah ( idea
asal : Izzuddin (dentistry))
Satu hari,
seorang ustaz telah mengumpulkan pelajarnya. Dipendekkan cerita, para
pelajar telah dibahagikan kepada 2
kumpulan. Mereka dikehendaki berdebat dan berhujah berkaitan Tong Sampah. Satu
kumpulan mempertahankan kebaikannya, satu lagi pertahankan keburukannya. Maka
berlakulah perdebatan antara mereka. Selesai berdebat, maka ustaz telah
memberikan resolusi berkaitan tajuk tersebut.
“ Kamu semua
sibuk berdebat mengenai tong sampah, tapi sedarkah kamu harini orang2 kafir
menghina orang Islam macam TONG SAMPAH, hukum2 Allah diperlekehkan macam TONG
SAMPAH, Al-Quran dihina, dibakar, dipijak2 macam TONG SAMPAH… “
2.
Nikmat lupa ( idea asal :
Latef (dentistry))
Lepas jawab
exam trial SPM, mak dia telefon.
“ Latef, mcm
mane exam tadi?”
“ Susah la
mak. Kat luar dewan ingat dah. Masuk dewan terus lupa.”
“ Takpa.
Jangan kita cepat anggap segala yang datang sebagai satu musibah..”
Kemudian,
maknya terus bercerita..
“ Kalau
takda nikmat lupa Allah bagi kat mak, mak taknak dah lahirkan anak. Tapi bila
mak dukung kakak kamu yang sulung tu, mak terus cakap nak lahirkan seorang
lagi. Nikmat lupa yang Allah bagi tu, tengok kat baby lupa dah kesakitan masa
nak melahirkan.. “
3.
Feeling Raya awal? (idea asal : sendiri )
Satu hari,
lepas makan berat kat dewan makan D’Manja, terus naik bilik. Buka TV, tgk
berita. Kebetulan time tu dia buat rakaman gelagat manusia membeli belah di
Masjid Jamek, KL. Kemudian, wartawan pun temuramah seorang pengunjung, wanita
Islam.
“ Saya minat
la datang kat sini. Cakap je nak apa. Makanan, baju, seluar. Semua ada. Lagi2
dah nak dekat raya nie. “
(_ _”)
Awalnya
pikir raya. Rasanya haritu baru Ramadhan ke 2 atau 3. Rupanya dah ada yang
pikir nak Raya. Kenapa ye? Mungkin salah diri sendiri.
4.
Soalan Penutup Bicara ( idea asal : AbahMakki
)
Ada satu majlis, telah diadakan ceramah mengenai Ramadhan.
Selesai ceramah, sesi soal jawab diadakan. Semua soalan telah dijawab oleh
Panel sehinggalah soalan terakhir. Seorang Somalian telah bertanya,
" Apakah hukum kami bersahur dengan AIR SEJUK dan berbuka dengan AIR SEJUK kerana ketiadaan makanan ?.. "
Disebabkan soalan itulah, majlis itu telah ditamatkan kerana sebaknya ahli panel dengan soalan tersebut ..
Moral of the story : Fikir2kan keadaan kita dan mereka..
5.
Hai Mesir! ( idea asal : MovieMesir )
Hari last
kelas di KIBA 2012, Us. Farid ada tunjuk movie yang dah pun ditayang separuh
masa Mukhayyam. Tapi maklumlah, ada yang sedar ada yang syahid. Ustaz pun
ceritalah dalam bahasa melayu sebab Ammi cerita tu pekat sangat. Dalam movie
tu, dia tnjuk mcm mana sebenarnya Mesir (masa tulah). Antaranya :
I.
Jangan sesekali ambil gambar di
bangunan kerajaan terutamanya kawasan sensetif, askar dan tentera.
II.
Kalau masuk mana2 tempat, jinjing
sekali kasut. Takut hilang lepas tu.
III.
Rupanya Passport Amerika ada
specialnya. Untunglah sape yang ada.
IV.
Di bulan Ramadhan, ada khemah yang
dinamakan الرحمان ماءدة . Nanti sapa2
yang dah sampai sana, mungkin tak berasap la dapur sebulan. Orang Mesir
pemurah, jamu orang buka puasa.